Dalam mengharungi kehidupan yang serba kemewahan, diberikan bantuan kewangan, disediakn pusat pengajian, tidak pula akan menyangka bahawa mereka tidak tahu membalas jasa.
Bukannya tidak disediakan tong sampah, malahan dikelaskan pula agar memudahkan mereka membuang sampah mengikut kategori yang telah disediakan. Diturut sertakan dengan label yang besar, jelas menunjukkan setiap warna melambangkan satu kategori sampah.
Namun bantuan pengajian yang disediakan kerajaan bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Kenapa terjadi begini? Dimanakah nilai sivik yang diterapkan melalui Pendidikan Islam dan Pendidik Moral? Mengapa perlu membuang sampah kedalam bakul motorsikal orang lain jika tidak terjumpa bakul sampah yang berdekatan? Berat sangatkah kotak air minuman yang tidak berisi sehingga menyusahkan orang lain untuk membuangkan kotak itu untuk anda?
Itu belum lagi melihat segala sampah sarap yang bertaburan di dalam bilik kuliyah. Hairan. Sedangkan tong sampah telah disediakan di setiap pintu menuju ke lift yang berdekatan, di setiap tandas-tandas berhampira. Tidak sangka rupanya makin tinggi ilmu mereka, semakin teruk perangai mereka. Jika ini hasil yang akan kerajaan perolehi, kerajaan tidak perlu sekali pun untuk memberikan bantuan kewangan kepada mereka, bahkan tidak perlu disediakan kepada mereka sebuah institusi pengajian tinggi khusus.
Memanglah bukan semua warga Malayu dan Bumiputera bersikap demikian. Namun, apakah tindakan mereka-mereka yang tidak melakukan perkara sebegini? Adakah anda menegur orang-orang yang melakukan perkara-perkara begini?
Ini belum lagi bercakap berkenaan pengurusan masa.
No comments:
Post a Comment