Tuesday, March 22, 2011

Perkongsian: Dilemma Typical Malay (Islam)

Apakah Islam hanya tertera kepada nama? Kebanyakan yang terjadi ialah kepada perempuan. Tidak pasti apa yang dikejarnya sehingga sanggup mendedahkan segala apa yang ada pada badannya. Dimanakah harga diri mereka ini?

Mungkin itu adalah hak peribadi masing-masing. Namun, insan yang lain jua punyai hak. Hak untuk melihat. Untuk melihat sesuatu yang baik. Yang halal. Bukan yang haram, dan menimbulkan dosa si pelihatnya.

Dalam Islam, tiada istilah di tengah-tengah. Yang halal, tetap halal. Yang haram, tetap haram. Tidak akan terjadinya haram bertukar halal melainkan melalui ruksah.

Namun, dalam menutup aurat dikhalayak ramai, dimanakah rukhsahnya yang membolehkan muslimah ini membuka aurat? Bukan tidak terjadi kepada kaum muslimin, namun, peratusan yang berlaku dikalangan kaum muslimin ini berkurangan berbanding perempuan.

Adakah Islam itu terlampau menyusahkan? Tiadakah berfesyen dalam Islam? Kenapa perlu fesyen barat yang tidak menutup aurat yang perlu kita contohi?

Panas? Biarlah berpanas dunia jika tidak mahu mengharungi panas akhirat dan api neraka.

Pelik kerana sebelum ini tidak pernah bertudung? Apakah berubah kepada kebaikan itu sesuatu yang memudharatkan diri kita? Adakah jika saudara-saudara kita bercakap tentang perubahan kita ke arah kebaikan merugikan kita? Adakah kita akan kehilangan segala-galanya dengan menutup aurat? Mereka kah yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak jika kita tidak menutup aurat nanti? Mereka kah yang menolong kita ketika di soal di alam barzakh nanti?

Fikirlah bagi muslimah yang merasakan dirinya Islam. Apakah yang tinggal untuk suami anda jika anda menunjukkan segalanya yang sepatutnya ditatap oleh suami anda? Apakah istimewanya kedudukan suami anda jika lelaki lain juga turut mendapat keistimewaan yang sama?

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. dan jangalah kamu mati melainkan dalam Islam." (Al-Imran:102)

Bukanlah ingin mencela, namun, perbaikilah diri anda. Anda mampu mengubahnya. Artikel ini di terbitkan kerana melihat ummat zaman sekarang lebih mengejar kebaratan tanpa mengira batas-batasnya. Ingatlah wahai muslim, pemodenan dan pembaratan adalah suatu yang tampak sama namun berbeza. Biarlah hanya pemodenan yang menguasai kita. Bukan pembaratan.

No comments:

Post a Comment