Thursday, September 22, 2011

Perkongsian: Masalah Kemalangan Jalan Raya

Boleh dikatakan setiap jam berlakunya kemalangan di Malaysia secara purata. Namun, di dalam keghairahan kemalangan mencari mangsa-mangsa, semakin pula rakyat jelata berlumba-lumba membeli kenderaan. Ini dibuktikan oleh statistik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan yang menjangkakan nombor pendaftaran di Wilayah Kuala Lumpur akan sampai tamat dari sistem tiga angka pada 2013. Menarik bukan?

Terfikir juga bila agaknya kemalangan akan berkurang. Namun tidak pernah tersoal kenapa kemalangan semakin bertambah. Apakah yang memangkinkan gejala kemalangan ini? Adakah inilah adalah trend baru di jalan raya untuk memufliskan syarikat insurans? Mungkin juga, boleh jadi kerana syarikat syarikat insurans banyak yang mengamalkan sistem riba. Memang patut dimufliskan mereka ini.

Adakah terdapat sebarang penipuan dalam pemberian lesen?

Adakah kematangan pemandu Malaysia semakin berkurangan dari tahun ke tahun?

Adakah perlu dinaikkan had umur untuk memiliki lesen memandu?

Adakah perlu diadakan semula ujian memandu kepada pemandu-pemandu yang telah memiliki lesen memandu melebihi sekian sekian tahun?

Jika hendak dikatakan umur tua sebagai punca kemalangan, mengapa banyak kemalangan maut melibatkan warga muda?

Jika dikatakan Pihak Berkuasa Tempatan tidak melakukan kerja, kenapa banyak saman dikeluarkan? Bukankah itu menunjukkan pemandu dan penunggang di Malaysia suka melanggar peraturan jalan raya?

Namun, wajarkah diwujudkan saman melebihi kelajuan di lebuhraya? Apakah objektif lebuh raya diwujudkan? Bukankah wujudnya lebuh raya adalah untuk mempercepatkan perjalanan ke destinasi yang ingin di tuju? Jikalau diwujudkan saman melebihi had laju, bukankah sudah melanggar objektif tujuan lebuh raya diwujudkan?

Sepatutnya kenderaan-kenderaan yang memandu secara perlahan dilarang untuk memasuki lebuhraya. Hal ini bertujuan mengelakkan daripada kenderaan kenderaan lain yang memandu secara laju tidak terbabas untuk mengelak mereka yang suka memandu secara perlahan dan ada yang suka menghuni secara tetap di laluan memotong.

Sepatutnya juga, had laju minimalah yang patut ditetapkan untuk memasuki lebuhraya, bukannya had laju maksima. Asalkan dipandu secara berhemah mengikut kesesuaian jalan, sepatutnya tidak akan berlaku kemalangan.

ingatlah, kelajuan tidak membunuh, namun kebodohan.

No comments:

Post a Comment