Wednesday, August 24, 2011

Bab 17

Mataku masih lagi bergenang. Entah mengapa aku masih lagi tidak dapat menghentikan tangisanku. Telefon yang berada di lantai, aku capai dan membuka mesej-mesej yang di hantar Najwa. Semua mesejnya aku simpan. Segala janji yang terucap, aku tidak pernah lupakan. Dan buktinya ada di dalam telefon ini. Tidak aku sangka hubungan ini akan jadi begini.
                ‘Saya dah sampai rumah ni.  Saya nak mandi dulu. Nanti saya telefon awak.’
Mesej yang aku hantarkan kepada Najwa selepas taklimat petang tadi. Lebih kurang pukul 4.30 petang aku sampai di rumah.
                ‘Amboi, awak ingat saya ada kat rumah ke yang awak pecut laju sangat?’
                ‘Kalau betul pun apa salahya? Hehehe... dah la, saya nak pergi mandi ni.’
Aku sempat membalas mesej yang di hantar Najwa sebelum mencapai tuala untuk mandi. Belum sempat aku masuk ke bilik mandi, Najwa membalas kembali.
                ‘Pergi la, Busuk!!!’
Aku hanya tersenyum berjalan ke bilik air.
“Busuk-busuk ini jugalah yang kau pilih, sayang...” hatiku berbisik kecil.
Aku tersenyum sejenak mengenangkan peristiwa petang tadi. Jam di telefon sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Air mata masih membasahi pipi. Ingin aku kesat, namun tidak berdaya. Aku lihat gambar di tepi katil. Gambar kenangan ketika aku bersama Najwa di Taman Rama-rama Pulau Pinang. Gambar yang sepatutnya cantik, bertukar comel apabila Najwa melompat ketakutan ketika rama-rama hinggap dibahunya itu. Aku tersenyum lagi.
                ‘Sayang, saya dah nak naik bas ni. Bas Sani Cora, WWE 28. Sampai mungkin dalam pukul 1 pagi.’
Mesej Najwa pada pukul 9 malam tadi. Ketika itu aku berada di bilik kuliyah untuk mendengar taklimat cara-cara menulis journal yang menarik yang diberikan oleh Puan Nor Aida. Kemudian, taklimat ini akan disambung oleh Encik Zahir dalam bahagian membuat recitation.
                ‘Yeke? So, baru nak bertolak ke ni?’
Aku mencuri-curi menghantar mesej kepada Najwa memandangkan aku berada di barisan paling hadapan.
“Inilah padahnya jika datang awal sangat.” Hati kecilku berbisik.
                ‘Haah, bas baru je bergerak dari stesen. Awak kat mana tu?’
                ‘Kat bilik kuliyah sayang. Agak-agak pukul berapa nak sampai ni?’
                ‘Ya Allah, kan saya dah bagitahu sampai dalam pukul 1 pagi. Amboi, duduk sebelah sape la tu yang tak ingat apa saya cakap ni?’
Eh, bukan dia cakap yang dia sampai dalam pukul 9 malam ke? Habis kenapa sekarang baru je nak naik bas. Cari pasal ni!!
                ‘Eh , bukan awak cakap pukul 9 malam sampai ke? Tapi sekarang bukan awak kat stesen bas ke?’
                ‘Yeke? Bukan pukul 9 saya jawab tu awak tanya bila sampai di stesen bas ke?’
                ‘Merepek la sayang. Saya tanya awak bila awak sampai di Tanjung Malim la. Bukan bila awak sampai di stesen bas.’
                ‘Takde! Takde! Takde! Awak tanya yang tu jugak. Hehe...’
Amboi, nak menang pulak dia. Dah tahu dia yang salah, nak menang pulak.
                Yela, yela. Awak menang la. Malas nak gaduh ngan awak, nanti kalah mula la nangis guling-guling, hentak kaki telefon mama. Hehe...’
                ‘Eleh, ye la tu, macam la orang tak tahu yang awak yang macam tu... Awak dengar la ceramah tu dulu. Nanti dah habis kita mesej lagi ek sayang.’
                ‘Aye aye Maam Amar.’
Mesej kami terhenti di situ buat sementara waktu. Waktu mesej terakhir menunjukkan pukul 9.28 malam. Aku berhenti sejenak dan mengeluh panjang. Esakan ku makin kuat. Bagaikan empangan menanti pecah.
“Apakah yang sedang berlaku kepada aku ini? Adakah aku sedang bermimpi?” Hatiku berbisik lemah.
Aku mengambil kamera Canon 7D Mark II pemberian mama yang ku simpan di dalam laci. Kamera sempena kejayaan aku mendapat keputusan cemerlang setiap semester selama 5 semester berturut-turut. Aku tolak picu ‘ON’. Tidak sampai sesaat, kamera sudah ready untuk menjalankan tugas. Namun tugasnya kali ini bukanlah untuk menangkap gambar aku dan Najwa dan tugasan ini tidak mungkin lagi akan berlaku sampai bila-bila. Aku menekan butang ‘PLAY’. Kamera mula memasuki koleksi gambar yang berada di dalam kad memori 16GB yang turut sama dibelikan mama.
“Perlukah aku memadamkan semua ni?” Hatiku berbelah bagi diiringi tangisan hiba.
Gambar Najwa aku perhatikan satu persatu. Mungkin ini kali terakhir aku melihat gambarnya. Senyumannya amat mendamaikan. Hampir kesemua gambar Najwa jelas terukir senyuman dibibirnya.
“Padamlah, dia sudah tidak akan kembali kepadaku lagi.” Hatiku bagaikan memujuk tuannya untuk menerima kenyataan.
Aku menekan butang DELETE dan memilih DELETE ALL. Kini hanya tinggal OK dan CANCEL sahaja. Aku berhenti sejenak dan melihat gambar Najwa di tepi katil.
“Selamat tinggal sayang...”
Aku mengarahkan ke OK dan menekan.
“Hais... waktu ni pulak bateri nak habis. Bikin spoil betul la. Orang tengah sedih ni.” Aku tersenyum dengan apa yang terjadi. Gambar Najwa tidak dapat aku delete kerana bateri kamera sudah kehabisan kuasa. Aku simpan semula kamera dan mencapai Galaxy.
                ‘Saya dah sampai di rumah.’
Mesej yang aku hantar sebaik sahaja aku tiba di rumah dari UiTM dalam lebih kurang pukul 11 malam. Sebelum itu, aku keluar bersama kawan-kawan kelas yang lain makan sambil berborak di Kedai Rosnah Tom Yam. Sahaja aku tidak menghantar mesej kepada Najwa kerana Najwa selalunya tidur waktu dalam perjalanan pulang. Tidak kira kenderaan apa yang dinaiki, jikalau bukan dia yang memandu, jangan harap dia nak berjaga.
                ‘Alhamdulillah. Saya baru sampai R&R Simpang Pulai ni.’
Bagaikan tepat pula masa aku menghantar mesej kepada Najwa. Tidaklah nanti mesej aku mengejutkan dia dari tidurnya. Aku segera menekan butang memanggil dan mendail nombor Najwa.
“Hello” Terdengar suara Najwa di hujung talian.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah ya Ustaz....” Najwa memerli aku sambil diiringi tawanya.
“Ya, ana ni ya Ustazah... Khaifa haluka?” aku pula membuat perkara sama sambil bertanyakan khabarnya dalam Bahasa Arab. Kami sama-sama ketawa.
“Awak dah makan belum ni?” Tanya Najwa taktala kami berhenti dari ketawa.
“Sudah, tadi makan dengan budak-budak tu tadi.”
“Mesti Hafiz ada sekali kan?”
“Haah.” Aku membalas pendek kerana aku dapat mengagak apa yang akan dia katakan selepas ini.
“Ish, ish, ish... Awak kahwin je la dengan Hafiz tu nanti. Senang. Asyik berkepit dua puluh empat jam.” Najwa tergelak lagi selepas memerli aku. Aku dah agak dah.
“Awak sanggup ke bermadu dengan dia?” aku mengacah.
“Meh langkah mayat saya dulu!! Kalau dengan perempuan saya tak kesah nak bermadu, dengan lelaki, saya pancung awak!!” tegas Najwa di hujung talian. Tahu pula takut. Aku hanya tergelak.
“haa... Tahu pun takut. Ala... awak pun rapat jugak dengan Nurul tu, saya tak kesah pun. Ni awak dah makan ke belum?”
“Belum lagi.” Najwa ketawa kecil bagaikan kanak-kanak ketawa apabila rasa bersalah. Tahu pula yang aku tidak suka jikalau dia tidak makan. “Tapi sekarang dah lewat la sayang. Saya janji, nanti saya makan ek.”
“Hai... ikut la. Awak dah besar. Nanti kena gastric, mula la nak cari saya mengadu itu mengadu ini.”
“Baik boss!!”
Perbualan kami senyap seketika di situ. Suasana hening malam menyelebungi.
“Amar... rindunya kat awak.”
“Rindu kat awak jugak sayang. Kalau la saya tak ada kursus ni, dah boleh temankan awak balik ke...”
“Haip... kan saya dah cakap kat awak. Kalau yang selepas itu kalau yang dikeji. Kalau yang sebelum itu kalau terpuji.” Najwa memotong cakap aku. “Kursus yang awak pergi tadi takdir. Kita kan orang Islam, kena lah beriman kepada Qada dan Qadar.”
Betul kata Najwa itu. Sebagai seorang Islam, kita tidak sepatutnya menyesali apa yang telah terjadi. Tidak sepatutnya berfikir kalau itu atau kalau ini sekiranya telah berlaku. Namun, kita boleh berfikir kalau sebelum ianya berlaku. Itulah berfikir yang terpuji.
“Ana la a’rif ya ustazah. Syukran... syukran...” aku ketawa kecil mengenakan Najwa. Dia juga turut sama ketawa bersama aku.
“Saya cadang nak tidur dulu ni.” Bicara Najwa selepas kami sama-sama berhenti ketawa.
“Habis awak tak makan ke?” Tanya aku risau kerana Najwa menghidap gastric.
“Takpe la, saya dah makan tadi sikit. Okay la tu. Nanti kalau saya sampai rumah, saya makan lagi.”
“Ye la, ye la. Awak tidur baik-baik. Apa-apa, awak mesej saya ye, sayang.”
“Baik. Awak... Saya nak awak tahu, apa pun yang terjadi, saya sayangkan awak. Kalau saya dah tak ada bersama awak nanti, awak jangan tunggu saya tau. Saya taknak awak menderita menunggu saya. Carilah pengganti saya ye. Saya nak awak tahu, saya sayangkan awak sangat-sangat.” Bicara Najwa ini membuatkan aku senyap seketika. Pelik sedikit daripada biasa.
“Kenapa awak cakap macam tu? Awak nak tinggalkan saya ke?”
“Kan saya dah janji pada awak, saya takkan tinggalkan awak. Tapi kalau apa-apa yang terjadi pada saya, saya taknak awak menunggu. Itu aja.”
“ye la, ye la. Saya sayangkan awak jugak.”
“Awak tidur la, sayang.”
“Takpe, saya tunggu awak sampai, nanti saya  tidur.”
“Takpe, awak tak perlu tunggu. Nanti saya sampai, mesti telefon punya. Kalau tak sampai mama telefon Tanya apa awak dah buat pada anak dia. Hehe...” sempat pulak dia nak berjenaka ye.
“Takpe, saya cakap saya dah bawak lari ke Siam, kawin.” Aku membalas jenakanya. Kami ketawa bersama lagi. Kemudia suasana sepi kembali.
“Okay la, saya tidur dulu ye. Saya minta diri. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah.” Aku menjawab salam Najwa. Aku meletakkan telefon di tepi meja tempat aku mengulangkaji pelajaran. Entah mengapa pada malam ini aku rasakan sangat merindui Najwa.
“Tit! Tit!” Galaxyku berbunyi.
                ‘Saya sayangkan awak sangat-sangat. Maaf atas segala salah silap saya ye. I love u’
Mesej terakhir dari Najwa. Mesej itu dihantar Najwa sebelum dia tidur. Membaca mesej itu membuatkan mataku semakin bergenang. Memang seperti yang dikatakan Najwa, jika dia tidak menelefon aku, pasti mamanya yang menelefon.
“Assalamualaikum Amar...” Sapa mama Najwa sebaik sahaja aku menjawab panggilan.
“Waalaikumussalam warahmatullah.”
“Mama ni Amar...” Beritahu mama Najwa. Memang aku tahu itu nombor mamanya. Mamanya memang sudah biasa membahasakan dirinya Mama dengan aku. Kasih sayang yang diberikan mama Najwa sama seperti yang diberikan Mamaku. Rugilah Amir melepaskan Najwa.
“Ye Mama. Najwa dah sampai rumah ke?” Aku melihat jam di tangan, sudah menunjukkan pukul 12.30 malam. Awal juga rasanya dia sampai. Tiba-tiba di hujung talian terdengar esakan mama Najwa. Pelik. Kenapa ni?
“Kenapa ni Mama? Mama okay ke?” Tanya ku sebaik mendengar tangisan mama Najwa. Mama Najwa masih lagi senyap. Namun jelas terdengar tangisan mama Najwa di hujung talian. Setelah beberapa lama menyepi,
“Amar sabar ye... mama nak Amar tabah...” Mama Najwa mula bersuara.
“Kenapa mama?” aku terpinga-pinga mendengar apa yang mama Najwa cakapkan.
“Amar, Najwa dah tak ada Amar...” Tangisan Mama Najwa makin kuat kedengaran.
“Mama, jangan main-main mama....” Aku mula bersuara takut. Aku takut jika apa yang Mama Najwa ceritakan ini benar-benar berlaku. Tapi bagaimana?
“Hello, abang, ni Tasha ni.” Terdengar suara perempuan di hujung talian. Sama seperti Mama, Natasha adik Najwa jugak menangis.
“Apa ni Tasha? Apa jadi ni?” Tanya ku lagi yang masih terpinga-pinga dan takut.
“Abang... bas akak naik eksiden bang. Eksiden dengan lori treler...”
Aku tergamam. Galaxy terlepas dari tangan. Tanpaku sedar, air panas bercucuran meleleh di pipi. Aku terduduk diam.

1 comment: