‘Maaf sayang, saya memang tak dapat temankan awak balik malam ni. Ada perjumpaan lagi malam ini untuk penerangan projek final’
Aku menghantar mesej secara sembunyi sambil memandang ke arah hadapan. Puan Wan Zuraida sedang memberikan syarahan mengenai Occupational Safety and Health sepanjang menggunakan makmal bagi projek akhir tahun aku untuk semester hadapan. Jika diikutkan, benda ini merupakan pengetahuan am. Ramai pelajar sememangnya sudah mengetahui. Telefon bimibit aku bergegar lagi.
‘Alaa... Temankan saya kejap je. Lepas itu pegi la perjumpaan itu balik... please honey...’
Hai, tak faham agaknya Najwa ini. Memang jika aku tidak pergi sekali pun, boleh minta tolong kawan isikan kehadiran, ramai yang berbuat begitu. Tapi apa salahnya jika aku pergi.
‘Sayang, please understand my situation... Saya janji, bila awak balik sini nanti untuk buat clearance, saya datang jemput awak ye. Saya temankan awak.’
Aku cuba memujuknya. Bukan aku tidak ingin berjumpa dengan Najwa, tapi aku agak penat juga dengan aktiviti yang terpaksa aku hadiri ini. Dari pagi sampai ke malam, asyik mendengar ceramah sahaja. Mujurlah ceramah yang di sampaikan Puan Wan Zuraida ini tidak membosankan. Tambahan pula beliau sangat baik orangnya.
‘Yela...’
Nampak sangat dia marah, merajuk dengan sikapku.
‘Mana nombor plate bas dengan nama bas? Pastu sampai sana nanti pukul berapa?’
Entah kenapa kali ini Najwa memilih untuk balik menggunakan bas. Selalunya dia lebih sukakan menaiki keretapi daripada bus. Banyak kali juga aku nasihatkan dia memilih menaiki keretapi.
‘WWE 28.Maybe dalam pukul 9 malam sampai.’
Amboi, walaupun bas, ambil nombor plate berkembar. Dahsyat betul syarikat-syarikat bas sekarang ini. Pernah aku nampak sebuah syarikat bas mendaftarkan basnya dengan single number.
“Kaya betul syarikat-syarikat bas sekarang”, getus hatiku.
‘okay, nanti sampai jangan lupa call. Berhenti memana pun jangan lupa call ye.’
Aku mengingatkan Najwa agar sentiasa menghubungi aku di mana sahaja bas itu berhenti. Aku amat risau membiarkan dia pulang keseorangan menaiki bas malam ini.
‘Ye... dah la. Orang nak tido ni. Jangan lupa kejut pukul 4 nanti.’
Balas Najwa pendek. Merajuklah itu. Aku melihat jam di dinding bilik kuliah sudah menunjukkan pukul 3 petang. Masih ada lagi satu jam sebelum pukul empat. Bermakna, sudah hampir satu jam aku berada di bilik kuliah ini mendengar taklimat daripada Puan Wan Zuraida. Mengikut jadual, taklimat akan tamat pada pukul 4 dan akan di sambung pada malamnya pula dengan taklimat daripada Puan Nor Aida dan Encik Zahir berkenaan cara-cara menulis journal yang berkesan dan bagaimana jika hendak menggunakan ayat yang bersesuaian agar tidak berlaku plagiarism.
“Malam ni hang mai dak?” aku mencuit bahu Muslim yang duduk di barisan hadapan aku. Menggelupur dia bagaikan terkena renjatan elektrik. Nazarni yeang berada di sebelah kiriku ketawa mengekek .melihat Muslim sebegitu.
“Datang la. Nape? Nak suruh aku signkan attendan?” Dia menyandarkan badan ke belakang untuk bercakap dengan aku.
“Eh, tadi mu ghoyak mu tak so maghi male nih?” Nazarni bersuara. Ya Allah, sudah keluar dialek Kelantan mereka. Habis la aku tak faham nanti.
“Oit, oit, oit, sini Penang, bukan Kelantan. Cakap utara atau cakap Bahasa Malaysia.” Aku memerli mereka berdua. Senyuman pula tidak lekang di bibir.
“Ye Amar, salah ke saya bercakap Bahasa inggeris?” Puan Wan Zuraida menyoal aku. Aku yang terkejut dengan soalannya itu tersipu-sipu tunduk malu. Nazarni, Muslim dan kawan-kawan yang berdekatan denganku ketawa berdekah-dekah. Bilik kuliyyah menjadi haru biru gara-gara teguran yang aku lemparkan kepada Nazarni dan Muslim agak kuat sebentar tadi.
“Celaka korang!” aku bermonolog perlahan sambil memandang ke arah Nazarni. Dia hanya menjeling ke arahku kembali sambil tawanya masih belum habis.
“Itula, orang lain bercakap, kau nak bercakap jugak, kan dah kena.” Nazarni berbisik kearah aku sambil masih mengekek mentertawakan aku.
Biarlah. Malas aku melayan mereka ini. Bukan aku tak biasa dikenakan oleh mereka. Selalu juga sebelum ni. Kadang-kadang naik menyampah pun ada.
Puan Wan Zuraida menyambung ceramahnya berkenaan penggunaan bahan-bahan kimia dan penggunaan mesin-mesin di dalam makmal. Banyak pula rasanya mesin yang aku masih belum tahu untuk menguruskannya.
Kalau nak diikutkan berdasarkan Supervisor aku, Encik Zahiruddin atau lebih dikenali dengan Encik Zahir, tajuk projek akhir semester aku adalah Coating. Projek ini fokusnya adalah untuk mencari satu lapisan yang sesuai untuk menyadur cermin kereta agar tidak menghalang pemandangan ketika memandu di waktu hujan.
“Okay, kita habis di sini, malam ini jangan lupa untuk berkumpul di sini pada pukul 8.30 malam.” Encik Zahir selaku Coordinator Fakulti Kejuruteraan Kimia Pulau Pinang bersuara. Semua pelajar berjalan keluar dari bilik kuliyah.
Sambil berjalan keluar, aku mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor Najwa.
“Masih tidur lagi agaknya.” Aku bercakap sendiri apabila Najwa masih lagi belum menjawab panggilan telefon aku. Setelah aku hampir untuk meletakkan telefon bimbit,
“Hello...” Najwa bersuara dalam nada mengantuk. Comelnya dia. Memang menggugat iman aku kalau dia dah jadi isteri aku. Aku ketawa kecil di dalam hati.
“Awak tak bangun lagi ke sayang?”
“Baru bangun...” Jawab Najwa yang masih lagi mengantuk.
“Bangunlah, kan awak nak bersiap nak balik ke Tanjung Malim? Pergi dengan apa nanti?”
“Sendiri la. Dah orang tu taknak temankan.” Balasnya yang aku rasakan dia merajuk. Hilang mengatuk dia apabila aku bertanyakan tentang bagaimana dia hendak ke stesen bas nanti.
“Ala, kali ni je sayang. Nanti saya hantarkan awak balik ye, jangan katakan sampai ke stesen bas, ke bilik pun boleh.” Aku ketawa selepas berkata begitu. Jauh di hujung talian, aku mendengar dia pun ketawa.
“Itu dah kawin memang la!” Najwa membalas perliku itu. “Dah la, saya nak pergi mandi ni. Nanti la saya call sebelum saya pergi. Nanti dah balik rumah, dah sampai jangan lupa mesej pula. Orang tu, pergi kursus je dah lupakan bakal isteri sendiri dah.”
“Hahaha... Taklah sayang, tak lupa pun. Okayla, saya nak balik rumah dulu ni. Nanti sampai saya mesej ye.”
“Bawak motor tu jangan ingat highway tu awak sorang je punya jalan. Tahulah motor awak tu laju, tapi jangan laju sangat. 120kmj je tau.”
“Baik Puan Amar. Saya balik dulu, tata...”
“Bye.” Selepas mendengar Najwa berkata bye, aku memutuskan panggilan. Aku segera menghidupkan motor dan bergerak pulang ke rumah menunggu waktu malam nanti...
No comments:
Post a Comment