Kehidupan dalam berpasangan memang banyak pancarobanya. Menjaga hati dan memenuhi kehendak hati pasangan adalah dua benda yang berbeza. Namun kedua-duanya memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Tanpa pengorbanan yang tinggi, memang kedua-dua kata kerja ini tidak akan mencapai motifnya.
Kalau inginkan pasangan tidak melukakan hati kita, kenapa kita tidak boleh melakukan benda yang sama terhadap pasangan? Kenapa kita lebih pentingkan diri sendiri? Kenapa bila pasangan melakukannya, kita marah, sedangkan kita melakukannya tidak mengapa? Sukarkah untuk meminta maaf dan memberikan penjelasan yang munasabah?
Adakah hanya kita sahaja yang mempunyai hati dan perasaan? Tidakkah pasangan kita juga seorang manusia? Yang membezakan hanya jantina.
Cemburu bukanlah sesuatu yang baru di dalam perhubungan. Ianya ternyata wujud semenjak kelahiran Habil dan Qabil lagi. Sifat cemburu mampu membawa kepada persengketaan. Paling teruk mengakibatkan pembunuhan.
No comments:
Post a Comment