Melaui diari pertama membincangkan tentang cemburu. Dalam diari kedua akan membincangkan tentang ambil berat.
Terlalu mengambil berat kadangkala akan membawa kepada cemburu buta. Terutama apabila mengetahui pasangan sedang bersama orang lain yang berlawanan jantina.
Namun mengambil berat amat penting dalam perhubungan. Tanpanya, kita tidak akan tahu sejauh mana pasangan menyintai kita, sejauh mana pasangan setia pada kita dan yang paling utama ialah sejauh mana pasangan jujur kepada kita.
Pasangan kadangkala tidak mengerti betapa kita menyayangi mereka sehingga kita tidak sanggup untuk kehilangan mereka walau seketika. Disebabkan ini perkara-perkara remeh seperti memberitahu ke mereka pergi, dengan siapa mereka pergi dan kenapa mereka pergi kadangkala diabaikan.
Tidakkah mereka tahu, jika terjadi apa-apa yang tidak diingini, setidaknya kita tahu bahawa mereka berada di mana ketika itu. Ianya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menaip mesej pendek kepada pasangan. Jangan biarkan pasangan anda tertanya-tanya ke mana anda menghilang. Kerana akhirnya ia akan berakhir dengan pergaduhan akibat dari kemalasan anda sendiri.
Perkara ini jika dilakukan tidak merugikan. Malah akan lebih merapatkan anda dengan pasangan. Ayuh! Mulakan sekarang!
No comments:
Post a Comment