Kadangkala kenyataan otu pahit untuk ditelan. Terutamanya yang melibatkan perasaan. Apakah kita mampu menerimanya atau tidak, bergantung kepada sejauh mana kebenaran itu.
Antara kebenaran yang perit untuk diterima adalah apabila melibatkan orang yang kita sayang. Bagaimanakah kesediaan yang dapat kita berikan kepada hati kita untuk menerimanya? Jika melibatkan orang lain, selalunya kita pandai untuk memberikan nasihat. Namun bagaimana jika terkena batang hidung kita sendiri?
Curang ketika perhubungan mungkin satu alasan yang kukuh untuk memarahi pasangan. Namun bagaimana jika perkara yang dilakukan pasangan adalah sebelum kita berpacaran dengannya? Adakah kita mampu menerimanya jika pasangan memberitahu kepasa kita? Jika tidak mampu, mengapakah kita akan ada suatu perasaan inkuiri untuk mengetahui dan menyelidik dengan lebih mendalam lagi apa yang telah berlaku?
Adakah kita sanggup menerima kenyataan bahawa pasangan kita pernah memeluk bekas pasangannya ketika berada di atas motor selain kita? Sedangkan kita pula walaupun sudah bersilih ganti pasangan, namun belum pernah memeluk mereka. Dan dialah merupakan orang yang pertama.
Itu bagi sesetengah orang mungkin biasa. Bagaimana pula dengan yang ini, sanggupkah kita meneruskan perhubungan yang kita bina selama lebih 5tahun bersama pasangab dan tetiba pasangan mengakui yang dia pernah terlanjur dengan pasangannya yang dulu. Sanggupkah?
No comments:
Post a Comment