Menyebut tentang perkahwinan, ramai yang merasakan ianya sesuatu yang membebankan. Banyak perkara-perkara yang perlu difikirkan. Ramai orang Islam mengatakan Rasulullah SAW itu adalah petunjuk cara hidup yang terbaik. Apa yang dilakukan Rasulullah SAW adalah yang terbaik dan tiada apa yang terbaik melainkan baik-baik belaka.
Namun, di dalam perihal perkahwinan, lain pula yang dijadikan panduan. Entah dari mana agaknya datang panduan terbaru itu. Jika berpegang kepada Rasulullah SAW, perkahwinan adalah sesuatu yang memudahkan. Dalam konteks masyarakat zaman sekarang, perzinaan lebih mudah dari perkahwinan.
CiBiRu Terbangkanlah Aku Pergi
hanya rekaan semata, bukanlah untuk menempah nama. bukan jua untuk dikata.
Saturday, October 1, 2011
Thursday, September 22, 2011
Perkongsian: Masalah Kemalangan Jalan Raya
Boleh dikatakan setiap jam berlakunya kemalangan di Malaysia secara purata. Namun, di dalam keghairahan kemalangan mencari mangsa-mangsa, semakin pula rakyat jelata berlumba-lumba membeli kenderaan. Ini dibuktikan oleh statistik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan yang menjangkakan nombor pendaftaran di Wilayah Kuala Lumpur akan sampai tamat dari sistem tiga angka pada 2013. Menarik bukan?
Terfikir juga bila agaknya kemalangan akan berkurang. Namun tidak pernah tersoal kenapa kemalangan semakin bertambah. Apakah yang memangkinkan gejala kemalangan ini? Adakah inilah adalah trend baru di jalan raya untuk memufliskan syarikat insurans? Mungkin juga, boleh jadi kerana syarikat syarikat insurans banyak yang mengamalkan sistem riba. Memang patut dimufliskan mereka ini.
Wednesday, September 21, 2011
Perkongsian: Anak tak berguna, salah siapa? Anaknya atau didikan ibu bapanya?
Tajuknya agak kritikal. Memandangkan sekarang sedang berlansungnya pengajian bagi institusi pengajian tinggi awam, sambungan kepada novel dihentikan bagi memberikan laluan kepada penulis untuk beristirehat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian. Bukan senang nak jadi jurutera ni.
Tuesday, August 30, 2011
Bab 18
“Oit. Dah sampai dah ni.” Jerit Hafizh kepadaku sebaik sahaja bas sampai di perkarangan UiTM. Mungkin Hafizh berfikir yang aku sedang tidur agaknya dengan menjerit sebegitu. Lamunan ku terhenti. Fikiranku yang merewang jauh memikirkan kenangan bersama Najwa kembali kea lam nyata.
Wednesday, August 24, 2011
Bab 17
Mataku masih lagi bergenang. Entah mengapa aku masih lagi tidak dapat menghentikan tangisanku. Telefon yang berada di lantai, aku capai dan membuka mesej-mesej yang di hantar Najwa. Semua mesejnya aku simpan. Segala janji yang terucap, aku tidak pernah lupakan. Dan buktinya ada di dalam telefon ini. Tidak aku sangka hubungan ini akan jadi begini.
Sunday, August 21, 2011
Bab 16
‘Maaf sayang, saya memang tak dapat temankan awak balik malam ni. Ada perjumpaan lagi malam ini untuk penerangan projek final’
Saturday, May 21, 2011
Bab 15
‘Cinta tak mengenal usia kan akak?’
Mesej ringkas itu aku hantarkan kepada Najwa. Ternyata setiap kali berjumpa dengannya di kolejnya di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah mengubah perasaan sayang dari seorang adik kepada kakak kepada perasaan cintakan dia sebagai kekasih.
Bab 14
Bas yang akan menjemput semua peserta program anak angkat kini sudah tiba. Aku memerhatikan sekeliling untuk melihat kelibat budak perempuan itu, namun hampa. Aku juga perasan yang kereta Myvinya tiada di rumah Puan Maznah. Mungkin dia belum lagi sampai ke rumah Puan Maznah agaknya.
“Bas ni nak gerak pukul berapa ni? Aku dah la tak sabar dah nak balik ni.” Hafizh merungut di tepiku.
Friday, April 8, 2011
Bab 13
“Woi!! Korang nak tunggu pukul berapa baru nak bangun?” jerkahan dari Fauzi bergema hingga ke alam mimpiku menyebabkan tidurku terbantut. Ibu dan ayah tidak ada di rumah kah yang membuatkan Fauzi begitu berani untuk menjerit seperti itu?
Tuesday, March 22, 2011
Perkongsian: Dilemma Typical Malay (Islam)
Apakah Islam hanya tertera kepada nama? Kebanyakan yang terjadi ialah kepada perempuan. Tidak pasti apa yang dikejarnya sehingga sanggup mendedahkan segala apa yang ada pada badannya. Dimanakah harga diri mereka ini?
Mungkin itu adalah hak peribadi masing-masing. Namun, insan yang lain jua punyai hak. Hak untuk melihat. Untuk melihat sesuatu yang baik. Yang halal. Bukan yang haram, dan menimbulkan dosa si pelihatnya.
Mungkin itu adalah hak peribadi masing-masing. Namun, insan yang lain jua punyai hak. Hak untuk melihat. Untuk melihat sesuatu yang baik. Yang halal. Bukan yang haram, dan menimbulkan dosa si pelihatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)