Wednesday, September 21, 2011

Perkongsian: Anak tak berguna, salah siapa? Anaknya atau didikan ibu bapanya?

Tajuknya agak kritikal. Memandangkan sekarang sedang berlansungnya pengajian bagi institusi pengajian tinggi awam, sambungan kepada novel dihentikan bagi memberikan laluan kepada penulis untuk beristirehat dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pengajian. Bukan senang nak jadi jurutera ni.

Tuesday, August 30, 2011

Bab 18

“Oit. Dah sampai dah ni.” Jerit Hafizh kepadaku sebaik sahaja bas sampai di perkarangan UiTM. Mungkin Hafizh berfikir yang aku sedang tidur agaknya dengan menjerit sebegitu. Lamunan ku terhenti. Fikiranku yang merewang jauh memikirkan kenangan bersama Najwa kembali kea lam nyata.

Wednesday, August 24, 2011

Bab 17

Mataku masih lagi bergenang. Entah mengapa aku masih lagi tidak dapat menghentikan tangisanku. Telefon yang berada di lantai, aku capai dan membuka mesej-mesej yang di hantar Najwa. Semua mesejnya aku simpan. Segala janji yang terucap, aku tidak pernah lupakan. Dan buktinya ada di dalam telefon ini. Tidak aku sangka hubungan ini akan jadi begini.

Sunday, August 21, 2011

Bab 16

                ‘Maaf sayang, saya memang tak dapat temankan awak balik malam ni. Ada perjumpaan lagi malam ini untuk penerangan projek final’

Saturday, May 21, 2011

Bab 15

Cinta tak mengenal usia kan akak?’
Mesej ringkas itu aku hantarkan kepada Najwa. Ternyata setiap kali berjumpa dengannya di kolejnya di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah mengubah perasaan sayang dari seorang adik kepada kakak kepada perasaan cintakan dia sebagai kekasih.

Bab 14

Bas yang akan menjemput semua peserta program anak angkat kini sudah tiba. Aku memerhatikan sekeliling untuk melihat kelibat budak perempuan itu, namun hampa. Aku juga perasan yang kereta Myvinya tiada di rumah Puan Maznah. Mungkin dia belum lagi sampai ke rumah Puan Maznah agaknya.
“Bas ni nak gerak pukul berapa ni? Aku dah la tak sabar dah nak balik ni.” Hafizh merungut di tepiku.

Friday, April 8, 2011

Bab 13

“Woi!! Korang nak tunggu pukul berapa baru nak bangun?” jerkahan dari Fauzi bergema hingga ke alam mimpiku menyebabkan tidurku terbantut. Ibu dan ayah tidak ada di rumah kah yang membuatkan Fauzi begitu berani untuk menjerit seperti itu?

Tuesday, March 22, 2011

Perkongsian: Dilemma Typical Malay (Islam)

Apakah Islam hanya tertera kepada nama? Kebanyakan yang terjadi ialah kepada perempuan. Tidak pasti apa yang dikejarnya sehingga sanggup mendedahkan segala apa yang ada pada badannya. Dimanakah harga diri mereka ini?

Mungkin itu adalah hak peribadi masing-masing. Namun, insan yang lain jua punyai hak. Hak untuk melihat. Untuk melihat sesuatu yang baik. Yang halal. Bukan yang haram, dan menimbulkan dosa si pelihatnya.

Friday, March 18, 2011

Perkongsian: Dilemma Some Typical Malay & Bumiputera (Sampah)

Dalam mengharungi kehidupan yang serba kemewahan, diberikan bantuan kewangan, disediakn pusat pengajian, tidak pula akan menyangka bahawa mereka tidak tahu membalas jasa.

Tuesday, February 8, 2011

Perkongsian: Diary 4

Dalam mengharungi dunia seharian, kenangan lama kadang-kadang mengetuk pintu dan menjengah ke ruang jendela minda. Segala memori dan kenangan masa silam tidak mampu untuk dilupakan. Apatah lagi jika memori itu adalah yang membahagiakan disamping mendukakan.