Saturday, December 4, 2010

Bab 1

aku sebenarnya tak tahu bagaimana nak letak tajuk cerita ini. kalau sesapa sudi, bagitahu la tajuk yang sesuai. aku tak pernah nak memikirkan tajuk cerita ini. dia datang dalam minda. mungkin banyak sangat baca novel-novel. hah hah hah... jiwang jugak aku ni. hayatilah sebuah karya aku yang tak seberapa. maaflah jika ianya tidak menarik mana.


Bab 1

“Tit! Tit!” Samsung Galaxy ku berbunyi menandakan masuknya khidmat pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS. Mengejutkan aku dari mimpi indah yang ku idamkan bersama baby.

“Love U…” Eh, lewatnya balik dari butik abangnya. Getus hatiku. aku membalas mesejnya. Banyak sangatkah barang yang hendak dikemaskan oleh dia dan abangnya di butik? Banyak sangatkah stock baru yang sampai? Kalau hanya sekadar ingin carikan sehelai kemeja yang ingin dihadiahkan kepadaku sempena konvokesyenku nanti, rasanya tak perlu sampai pukul 3 pagi baru nak balik dari butik.

Baby” panggilan manjaku kepadanya.

“Ye sayangku”

“Baru balik ke..?” apa yang terdetik dihatiku, kuluahkan bersama dengan khidmat pesanan ringkas yang ingin ku hantarkan. Merisaukan. Pukul 3 pagi baharu mesej aku. Kalau dah balik dari butik, pukul 11 malam lagi dia akan mesej aku.

“Tak la, dah lama. Cuma baby tak boleh tido.” Ish, ingatkan apa tadi yang buatkan dia mesej aku pukul 3 pagi begini. Kalau bukan baby yang mesej pukul 3 pagi begini, tunggu la, pukul 8 pagi nanti baru aku nak balas mesejnya. Aku kalau sudah terjaga, memang susah nak tidur semula.

Why baby?” apalah yang difikirkannya hingga tidak dapat melelapkan mata? Tidak habis lagikah memikirkan rancangan selepas selesai konvokesyenku? Nak diikutkan, memang sudah capai persetujuannya yang kami akan pergi berkelah di pantai setelah selesai majlis konvokesyen. Dan kami akan luangkan masa bersama sehari pada hari itu. Tidak dapat ku nafikan, memang aku sangat merindui baby. Begitu juga dengan baby. Dia juga merindui ku. Namun kami beruntung kerana sebelum aku berangkat pulang setelah habis peperiksaan akhir semester, baby mengikut sarananku, untuk membuat sub-line dibawahku.
Melalui pakej 1+5 yang ditawarkan sebuah syarikat Telco ini, kami dibekalkan dengan 1500 mesej percuma dan 20 jam panggilan percuma. Namun, terdapat juga syarikat telco lain yang menawarkan tawaran yang lebih baik. Tetapi, bagi aku yang telah menggunakan khidmat syarikat telco ini dan malas untuk menggunakan nombor baru, aku lebih prefer syarikat telco ini

“Dia call, and mintak maaf and nak tebus dosa dia kat baby. Baby tak boleh tidur memikirkan hal ini.”

Satu perasaan yang tidak dapat ku gambarkan bagaikan halilintar menhenyak hatiku. Pedihnya. Perasaan apakah yang sedang menyiat-nyiat hatiku ini? Ya Allah, kenapakah ujian ini datang sekali lagi ya Allah? Apakah yang telah ku lakukan hinggakan datang lagi ujian sebegini? Adakah aku mampu harunginya lagi? Aku tahu, benda ini akan berulang lagi. Di mana aku tahu apa yang akan terjadi seterusnya.

Dia yang baby maksudkan itu ialah Edri. Seorang penjawat awam berpangkat inspector dijabatan  Polis Diraja Malaysia. Edri merupakan seorang lelaki yang baik. Jikalau aku menjadi Edri, belum tentu aku mampu mengakui segala kesalahanku pada keluargaku sendiri dan keluarga baby. Ini kerana kesalahan yang Edri lakukan amat besar. Namun bagi aku, apa yang telah Edri lakukan kepada baby, tidak dapat ku maafkan walaupun benda yang dilakukan itu bukanlah ke atas ku, akan tetapi ke atas orang yang aku sayang.

Aku terkenangkan kembali bagaimana susahnya baby nak luahkan segala apa yang telah berlaku antaranya dengan Edri. Bagaimana kejadian yang berlaku itu telah menghantui hidup baby sepanjang dia melanjutkan pelajarannya di peringkat Diploma dalam jurusan Kejuruteraan Kimia di Univeristi Teknologi Mara, Dungun. Adakah segala-galanya yang aku rancangkan bersama baby akan berkahir disini pada malam ini? Adakah kebahagian yang ku kecapi bersama baby selama 2 bulan kami bersama ini akan berhenti di sini sahaja? 

Aku tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Aku tahu yang aku akan kehilangan baby. Aku tahu baby juga tidak mahu kehilanganku. Bagi baby, akulah satu-satunya lelaki yang bertakhta dihatinya. Namun kehadiran Edri, lelaki yang dia tunggu selama enam tahun itu mungkin akan mengubah segalanya yang kami rancangkan bersama.

No comments:

Post a Comment