Aku cuba melelapkan mata. Namun masih tidak mampu. Asram sudah lama diulit mimpi. Bahagia rasanya hidup seperti Asram. Setiap hari keluar bersama Nabilah, kekasih hatinya itu. Menurut Asram, Nabilah ada masalah dengan kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka melihat Nabilah rapat dengan sesiapa. Jika Nabilah rapat, pasti akan diajukan soalan ibarat Machinegun atau mungkin lebih dari Machinegun. Sikap ingin tahu dan PhD yakni perasaan hasad dengki sangat kuat di dalam diri kawan-kawannya. Melihatkan kebahagiaan antara Asram dengan Nabilah, kawan-kawannya sangat cemburu. Aku pun turut tumpang cemburu. Namun, tidak lah sampai ingin menghancurkan kebahagiaan si Asram dan Nabilah. Masakan tidak, aku lihat mereka sangat bahagia. Setiap malam sebelum tidur, pasti Asram akan berbual sebentar dengan Nabilah. Bilalah agaknya aku akan sebahagia seperti mereka?
Ketika aku pulang dari bersama Edrina tadi, Asram masih lagi belum pulang dari bertemu Nabilah. Setahu aku, Pak Li’s Corner tidaklah jauh sangat. Itulah restoran kegemaran Asram dan Nabilah. Setiap kali aku ajukan soalan kemana mereka pergi, pasti itulah jawapan yang diberikan. Sama ada ke panggung wayang, atau terus ke Pak Li’s Corner. Tidak jemukah hari-hari keluar bertemu? Mungkin jika sebahagia mereka, perkataan jemu sudah hilang di dalam kamus hidup Asram dan Nabilah. Mungkin juga perkara yang sama ini akan terjadi kepadaku.
“awat dengan ekzos hang?” Tegur Asram ketika pulang tadi dengan pelat Utaranya itu.
“ Saja ja aku ambik letak kat atas katil, takut orang curi.” Aku berseloroh. Kami sama-sama ketawa. Sudah dua hari aku tidak berjumpa Asram, rindu pula aku pada suasana sebegini.
“Patah kat mana lagi?” Asram bagaikan tahu apa yang telah terjadi pada motosikalku.
“Kat highway kat Rawang. Nasib baik van belakang aku tu tak langgaq aku.”
“Hang bawak laju sangat kot.” Asram meletakkan beg plastic 7Eleven yang dibimbitnya dari tadi ke atas katil. Dia mencapat tuala dan menukar pakaian.
“Agak la. Nak sampai cepat tadi. Tu yang bawak laju tu. Dalam 160 jugak la.”
“Patutla. Dah la highway kat Malaysia ni teruk. Yang hang pun bawak laju sangat sapa suruh.”
“Nak buat macam mana, aku bertolak lewat jugak tadi. Hang dari mana? Dating dengan Nabilah?”
“Biasala bro.” Asram tersengih. “Mandi dulu wei.” Bahagianya mereka berdua. Aku juga membayangkan bagaimana bahagianya aku nanti jika ditakdirkan aku dapat bersama dengan Edrina.
Kuat juga dengkuran Asram. Penat sangatkah dia? Atau mungkin benar teori orang berbadan besar tidur berdengkur? Biarlah. Aku masih tidak dapat melupakan saat aku keluar bersama Edrina tadi. Segala yang berlaku sebentar tadi masih terbayang-bayang di mindaku. Suara dan gelak tawa Edrina masih terngiang-ngiang ditelingaku. Aku sudah jatuh hati pada dia kah? Mustahil. Bukan aku sendiri tidak tahu yang Edrina sedang menantikan seseorang dalam hidupnya sejak enam tahun dahulu. Dia sendiri yang memberitahu padaku tentang hal itu sebentar tadi. Tapi mengapa dalam masa yang sama, Edrina seperti member harapan padaku? Kata-katanya ibarat mahukan aku menjadi teman hidupnya. Jenakanya itu mendebarkan aku. Atau, adakah aku hanya bertepuk sebelah tangan? Hanya aku sahaja yang berfikiran sebegini?
Aku akui, semenjak aku melihat Edrina di program anak angkat itu, aku lihat sinar seorang ibu mithali. Edrina sangat sukakan kanak-kanak. Cara Edrina melayan kanak-kanak di sana, sangat menghiburkan hati ku. Tidak ada apa yang menarik di sana selain melihat Edrina dan tingkah lakunya. Segala yang ku idamkan untuk calon isteriku ada pada Edrina. Namun, masih sempatkah aku untuk mendapatkan Edrina? Aku ini bukanlah pandai dalam bab-bab mengurat perempuan.
Argh!! Fikiran aku agak kusut memikirkan perasaan aku apabila mengetahui yang hati Edrina sudah berpunya sebentar tadi
“Saya harap, Mira dengan Hafizh tu akan okay la.” Aku menghabiskan kata-kataku bercerita bagaimana aku menemukan Mira dengan Hafizh. Edrina khusyuk mendengar. Sesekali keningnya dikerut. Mungkin membayangkan sesuatu.
Jika dilihat pada penampilan Hafizh, memang tidak percaya yang dia sudah jatuh hati pada seorang perempuan. Lagaknya yang anti-sosial membuatkan ramai perempuan takut untuk mendekatinya. Masakan tidak, dia cukup sukar untuk bercakap dengan perempuan. Jikalau boleh, setiap kerja berkumpulan, dia hanya mahukan lelaki sebagai ahli kumpulannya. Pada awalnya aku menyangkakan dia seorang gay. Pernah ku ajukan soalan ini kepada Hafizh, satu Kolej Zamrud di UiTM Pulau Pinang aku tawaf akibat dikejar olehnya. Mujurlah aku ini seorang jaguh pecut di sekolah menengah dahulu. Sikap Hafizh yang takut untuk bercakap dengan perempuan ini membuatkan dia sukar untuk mendampingi Mira. Akulah orang yang memulakan segalanya untuk Hafizh, sehinggalah dia rapat dengan Mira. Jikalau aku tidak mengambil telefon bimbit Hafizh dan mendail nombor Mira, sudah pasti sampai ke hari ini dia tidak akan bercakap dengan Mira.
“Awak.” Suara Edrina lembut.
“Ya, saya.” Aku meneguk teh ais yang kian lama, kian tidak manis.
“Kalau awak nak tahu, saya ada tunggu seorang inspector polis ni.” Edrina menundukkan mukanya. Kadang-kadang pandangannya ditujukan jauh ke jalan raya.
“Inspektor polis?” Aku cuba mengawal emosi aku. Senyuman yang aku ukirkan adalah melalui paksaan. Dalam hati ini hanya Allah sahaja yang tahu. Semenjak aku mendapat nombor telefon bimbit Edrina dua minggu yang lalu, setiap malam aku tidur bertemankan mesej dan suara Edrina. Sehinggakan aku menjadi insomnia jika tidak mendengar suara atau mesej dari Edrina.
“Ha ah. Saya kenal dia waktu saya tingkatan empat dulu. Tapi entahla, semenjak masuk diploma, saya macam digantung tak bertali. Dia cakap kat saya, habis saya belajar nanti, dia nak masuk meminang and then, kahwin.”
Kahwin? Ya Allah, gurauan apa pula yang Edrina sedang mainkan ini? Sebelum ini pernah ku ajukan soalan adakah dia sudah berpunya, namun Edrina menjawab tidak.
“Maksud awak dengan digantung tak bertali tu?” aku mengerutkan dahi. Aku hairan dengan apa yang dimaksudkan Edrina. Tambahan pula, fikiran ku tengah kusut memikirkan apakah yang Edrina sedang beritahu aku. Adakah dia ingin mengujiku sejauh mana aku ikhlas berkawan dengannya? Aku akui, pada awalnya, aku hanya ingin berkawan dengan Edrina, kerana aku yakin dia belum berpunya. Akan tetapi, setelah dua minggu mengenali Edrina, dan mengetahui yang dia tidak berpunya, aku tidak mahu terlambat. Ingin sahaja aku luahkan segalanya pada malam ini. Segalanya telah aku rancangkan sebelum aku tiba di Shah Alam pada petang ini lagi. Tapi bila keadaan begini terjadi, apa harus aku lakukan?
“Entah la awak. Dia cakap dia sayangkan saya, tapi, tak pernah pun ambil berat tentang saya. Ajak keluar pun susah. Kalau saya call, dia hanya akan Tanya sama ada duit belanja saya cukup atau tak. Kalau tak cukup, dia akan masukkan. Saya bukannya nakkan duit belanja. Yang mama and abah bagi pun dah cukup.” Edrina mengeluh.
“Habis apa yang awak nakkan dari dia?” Aku hairan. Setahu aku, perempuan zaman sekarang ini, amatlah materialistik. Namun, semua ini demi kepentingan masa depan mereka dan anak-anak mereka nanti. Tanpa wang, bagaimanalah mereka hendak membesarkan anak-anak mereka?
“Saya hanya nakkan kasih sayang. Bukannya susah pun. At least, call la saya, Tanya khabar dan sebagainya. Saya okay if dia susah nak call, dan saya yang kena call, tapi kenapa bila saya call, selalu saja jawapan sama saya dengar. Busy, busy, busy. Orang lain pun kerja jugak. Tapi takde la busy setiap hari even weekend. Susah sangat ke permintaan saya ni?” Wajah Edrina hambar merenung kearahku.
Ya Allah, aku perlu belajar lebih mendalam tentang cinta. Tergamak aku menyamakan Edrina dengan perempuan-perempuan Melayu lain pada zaman ini. Bukankah aku sendiri telah melihat betapa Edrina seorang yang jujur dan ikhlas ketika berada di program dahulu?
“Saya tak tahu nak cakap la awak. Saya takut opinion saya salah. Bagi saya, kepercayaan itu penting dalam sesebuah perhubungan. Hubungan yang dibina atas kepecayaan akan menjamin kepada keutuhan. Bila sesebuah hubungan itu utuh, jarak bagaimana yang memisahkan sekalipun, tidak mampu menghancurkan hubungan awak. Mungkin betul dia sibuk sebab dia seorang pegawai polis, berpangkat tinggi jugak. Jadi awak kena la faham dan percayakan dia.”
Ya Rabbi, apa yang sedang aku rapikkan ini? Semenjak bila pula aku pandai memberi nasihat dalam hal percintaan ini? Buatnya Edrina menerima nasihat aku, memang melepas la aku untuk memiliki Edrina. Geramnya aku pada mulut aku ini. Kenapa tidak sahaja aku luahkan yang aku sedia menjadi teman hidupnya? Tapi, adakah aku patut menghampakan harapan lelaki itu? Jika benar lelaki itu mencintai Edrina, mengapa dibiarkan Edrina sebegitu?
“Entahlah awak. Saya malas nak bercakap pasal ini. Saya pun macam dah give up dengan lelaki tu.” Edrina meneguk teh ais dihadapannya lalu tunduk memandang kebawah meja.
Edrina dah give up? Betulkah apa yang aku dengar ini? Ibarat mati hidup semula aku dibuatnya. Mahu juga aku nyanyikan lagu Mati Hidup Semula nyanyian Jamal Abdillah disitu. Tetapi, sesuaikah lagu itu dengan apa yang berlaku sekarang? Biarlah. Nanti orang labelkan aku gila pula jika menyanyi di situ.
“Awak..” Suara Edrina yang lembut itu menghentikan aku dari lamunan.
“Ye saya.”
“Kenapa awak senyum?” Tanya Edrina dalam keadaan terpinga-pinga.
Ya Allah, Nampak kah Edrina akan aku senyum? Malunya. Apa yang aku buat ni?
“Eh, ye ke? Tak ada la. Teringat bagaimana kita kenal dulu. Then, how i get your phone number and how we met for the first time at the elevator. Hehe...” Aku cuba menutup kembali segala apa yang terjadi tadi. Malu aku jika Edrina tahu apa sebenarnya yang terjadi.
“Ye ke? Ha ah la awak. Kelakar kan waktu tu? Tapi awak...” Edrina menarik nafas dalam-dalam. “Saya gembira dapat kenal awak.” Jelas kelihatan senyuman dibibirnya, kemudian Edrina menghirup minuman itu.
Saya gembira dapat kenal awak, kata-kata inilah yang telah mengelirukan aku pada malam ini. Memberikan aku seribu persoalan yang mana hanya Edrina sahaja mampu menjawabnya. Selepas menghantar aku pulang tadi, Edrina terus memandu ke rumah sewanya di Pangsapuri Baiduri yang terletak anya lebih kurang tiga kilometre dari Koleh Jati.
Aku mencapai telefon bimbitku. Perlukah aku mendail Edrina? Ataupun aku hanya perlu mesej sahaja? Tidakkah aku mengganggu dirinya? Bukankah Edrina sudah memberitahuku sebentar tadi yang hatinya sedang menantikan seseorang? Pegawai polis berpangkat inspektor, agak menarik. Adakah kehadiranku ini akan menggangu hubungan mereka? Siapalah agaknya pegawai polis yang telah berjaya membuatkan gadis sehebat Edrina dimataku sanggup menunggunya sehingga enam tahun? banyaknya soalan yang bermain-main di kotak fikiranku.
Aku lihat, jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Sudah tidur agaknya. Mesej terakhir darinya hanyalah mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa bersama dengannya. Dan dia sangat gembira dapat keluar dengan aku pada malam ini. Aku semakin berada di dalam dilemma. Adakah aku sudah dilamun cinta? Jiwaku bagaikan kosong setelah berpisah dengan Edrina sebentar tadi. Mungkin juga benar kata orang, cinta datang tanpa diduga. Bila ianya tiba, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau membiarkan cinta itu berlalu sahaja. Cinta itu membahagiakan, namun cinta juga amat menyakitkan. Di mana adanya cinta, di situ akan ada perpisahan. Tidak ada yang akan kekal abadi melainkan Tuhan.
No comments:
Post a Comment