Wednesday, December 22, 2010

Perkongsian: Boring di dalam perhubungan. Part 1


Masalah boring di dalam perhubungan bukanlah suatu yang pelik. Ia sememangnya berlaku taktala perhubungan itu sudah mencapai kepada kemuncaknya. Namun, jika dibiarkan ianya lebih melarat, mungkin akan memudharatkan perhubungan itu.

Kebahagiaan di dalam perhubungan bukanlah sesuatu yang datang secara bergolek. Sebaliknya kebahagiaan ini datang apabila insan yang kita sayang itu memenuhi segala kriteria dan citarasa yang kita idamkan.

 

Mungkin perkara ini tidak kita sedari kerana perasaan sayang telah mengaburi hati dan minda. Akibatnya, apabila kriteria dan citarasa yang ada pada insan yang kita sayang itu semakin pudar pada penglihatan kita, kita akan mula berasa hilang selera kepada pasangan kita. Semuanya menjadi serba tidak kena.



Inilah puncanya mengapa bosan boleh berlaku di dalam perhubungan. Hal ini berlaku disebabkan oleh perubahan sama ada kepada insan yang kita sayang, kepada kita ataupun kepada kedua-duanya.

Sebelum memutuskan sesuatu keputusan di dalam perhubungan, berfikirlah sejenak. Apakah yang telah berlaku sehingga membuatkan perhubungan itu menjadi bosan. Perkara sebegini sebenarnya tidak memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikannya. sebaliknya, kita sendiri sebagai seorang daripada ahli yang terlibat boleh menyelesaikannya. Pihak ketiga belum tentu memahami apa yang sebenarnya terjadi di dalam perhubungan kita.



Banyak kaedah yang boleh digunakan oleh kita dalam menyelesaikan masalah bosan di dalam perhubungan ini. Jalan yang terbaik adalah dengan muhasabah diri dan berbincang bersama pasangan.

bersambung...

No comments:

Post a Comment