“Awak, saya minta maaf, saya mungkin sampai lewat sedikit.”
Aku hantarkan khidmat pesanan ringkas ini kepada Edrina Sofia setelah melihat keadaan ekzos motorku yang patah akibat permukaan jalan raya di Malaysia ini. Lagi pun, salah aku juga kerana aku telah memodifikasikan system ekzosku dari yang original. Namun, bukan aku sengaja memodifikasikan ekzos itu sesuka hatiku. Aku lakukannya demi untuk keselamatanku sendiri. Bunyi yang dihasilkan oleh ekzosku itu mampu menyedarkan para pemandu di Malaysia ini akan kehadiranku di belakang mereka. Semua orang tahu walaupun bukan semua, kebanyakan pemandu-pemandu di Malaysia ini mudah leka. Apatah lagi kehadiran motorsikal dijalan raya yang hanya sebesar suku dari saiz kereta. Kehadiran kami ibarat halimunan bagi mereka.
“Mungkin ramai yang medoakan aku akibat kebisingan ekzosku ini.” Getusku dalam hati. Sambil tu aku tersenyum sendirian melihat keadaan ekzosku itu. Mungkin juga sebab ekzosku sangat bising jika ditunggang dalam keadaan laju. Selalunya bila di atas lebuhraya, kelajuan normalku adalah 130kmj. Namun hari ini aku menunggang dalam kelajuan 160kmj. Semuanya kerana ingin cepat sampai ke Shah Alam. Laju bukan? Tapi bukan aku tidak biasa memandu dalam 90kmj. Tapi menunggang sportbike seperti motorku itu bukanlah mudah. Memandu dalam kelajuan 90kmj akan menyebabkan mengantuk. Terutamanya pada jarak yang jauh seperti ini, dari Sungai Petani ke Shah Alam. Hampir 450km jarak perjalananku itu. Pernah aku “google” perkara ini di forum-forum permotoran yang aku sertai, semuanya memberikan jawapan yang sama. Memandu sportbike perlahan dalam jarak panjang akan menyebabkan mengantuk.
“Tit! Tit!” Galaxyku berbunyi. Edrina Sofia agaknya. Tepat sangkaanku. Edrina Sofia yang menghantar mesej kepadaku.
“Tak mengapa. Sampai kolej nanti, awak bagitahu la.”
Aku memikirkan bagaimana aku ingin membawa ekzosku ke Shah Alam ni. Sekarang ini aku masih di Rawang. Masih jauh lagi untuk aku sampai ke Shah Alam. Lebih kurang 40km lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Aku membuka tempat duduk belakang motorku. Ada seutas tali getah pengikat bag. Ku ambil tali itu lalu ku ikatkan bersama ekzos di tempat duduk belakang motorku. Aku menghidupkan semula motorku. Bunyinya agak bising sekali tanpa kehadiran peredam bunyi atau lebih dikenali sebagai muffler. Biarlah. Lebih baik aku fikirkan tentang Edrina Sofia.
Edrina sofia seorang gadis yang comel pada pandangan mataku. Aku mengenalinya ketika aku menyertai program anak angkat anjuran dia dan rakan-rakannya. Melalui Muslim, rakan sekelasku, aku menyertai program itu. Melalui program itu, aku mengenali ramai pelajar-pelajar seniorku. Edrina Sofia ini pelajar Semester ke 5, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Mungkin aku ada terserempak dengannya sebelum ini di Fakulti Kejuruteraan Kimia, namun aku tidak ingat. Terlampau banyak sangat pelajar di Fakulti Kejuruteraan Kimia ini. Tambahan pulak, aku bukan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, sebaliknya aku hanya pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas.
Program 3 hari 2 malam di Kampung Sungai Serdang, Klang, Selangor itu bermula hari jumaat petang. Setelah mendapat keluarga angkat memasing, kami semua bersurai pulang ke rumah keluarga angkat memasing. Aku bernasib baik kerana disatukan bersama Hafizh dan Fauzi. Hafizh merupakan rakan Diplomaku dan juga sekelasku disini. Dia juga rakan sekumpulan denganku dalam setiap subjek yang memerlukan kerja berkumpulan. Sedangkan Fauzi juga merupakan rakanku ketika Diploma di Pulau Pinang dulu. Namun haluan kami berbeza. Fauzi memilih untuk menyambungkan pengajiannya di bidang Kejuruteraan Kimia Proses.
Pada malam pertama di kampong itu, kami semua berkumpul di tempat berkumpul untuk membincangkan kumpulan bagi setiap aktiviti yang akan berjalan untuk esok. Ayah angkat kami, Encik Ismon sangat baik. Walaupun jarak perjalanan ke tempat berkumpul sangatlah dekat, namun ayah sanggup menghantar kami ke sana. Ramai pelajar yang menyertai program ini sudah berkumpul di sini. Pelajar-pelajar ahli jawatankuasa yang menganjurkan lawatan sudah mula berbincang sesame sendiri akan aktiviti yang akan berlansung esok. Aku, Hafizh dan Fauzi mula mengambil tempat jauh dari kumpulan AJK menyertai peserta-peserta lain yang sedang menikmati minuman. Kami hanyalah peserta aktiviti, bukannya AJK. Jadi, tidak perlu rasanya kami menyertai perbincangan mereka.
“Eh, minum seorang nampak?” aku bersuara kepada Faizal. Pesaing hebatku ketika berada di Diploma. Namun sekarang dia sekelas dengan Fauzi.
“Habis, ada orang ke kat sebelah aku ni?” Cis, terkena aku! Kami ketawa beramai-ramai.
“Hoi, bak mai segelas!” Dihulurkan gelas polysterin kepadaku. “Sedapnya air ni.” Perliku kepada Faizal kerana gelas itu kosong. Dia tersengeh sumbing. Hafizh dan Fauzi sibuk bersembang dengan rakan-rakan lain yang menyertai progam ini.
Seorang gadis bertudung merah jambu pudar datang ke arah kami yang sedang menikmati minuman. Dahaga agaknya. Siapa agaknya gadis ini? Comel. Bisikku dalam hati. Namun aku meneruskan perbualan dengan Faizal.
Lamunanku bagaimana aku mengenali Edrina Sofia terhenti. Kini aku sudah berada di simpang antara ke Kuala Lumpur dan ke Shah Alam. Baru aku sedar aku sudah melepasi Restoran Jejantas Sungai Buloh. Aku bercadang ingin mengisi petrol di sini. Nampak gayanya terpaksalah aku melalui Federal Highway kerana stesen minyak terdekat hanya ada di situ. Inilah yang terjadi jika tidak focus dan hanya berangan. Aku tersenyum sendirian di dalam helmet fullface ku. Biarlah kalau aku senyum pun, bukannya orang Nampak aku tersenyum. Tidaklah aku ini dilabelkan gila. Aku tertawa dalam hati.
No comments:
Post a Comment